Menu
Undang-Undang Laut Melaka KandunganMenurut Stamford Raffles, fasal Undang-Undang Laut Melaka yang berjumlah sehingga 20, boleh dikelompokkan kepada empat bab tersendiri:[5]
Pangkat orang laut | Pangkat setara di darat |
---|---|
Nakhoda | Raja |
Jurumudi | Bendahara |
Jurubatu | Temenggung |
Malim | Imam |
Tukang kanan | Sida-sida |
Tukang kiri | Sida-sida |
Tukang agong | Sida-sida |
Awak-awak | Rakyat |
Satu lagi jawatan yang sama pentingnya dengan nakhoda ialah kedudukan malim (pelayar kapal). Agak sukar untuk mencari pangkat setara bagi orang darat, kerana kebanyakan fungsinya adalah berkaitan maritim. Kedudukan malim sering dibandingkan dengan imam di atas kapal oleh kerana kemahirannya belayar. Dialah yang menentukan bila hendak berlayar kerana beliau arif tentang gerakan angin, ramalan ribut dan ombak, tebing pasir dan batu karang. Jelas sekali, malim adalah orang pertama yang memberi nasihat kepada nakhoda tentang setiap pelayaran. Fungsi jurumudi selaku pembantu terdekat nakhoda adalah setanding dengan fungsi bendahara. "Jurubatu" dikatakan mempunyai status yang sama dengan temenggung (ketua keselamatan awam), ini bermakna peranannya adalah untuk menjaga keamanan kapal dan bertindak sebagai hakim dalam sebarang pertikaian. Ini sepadan dengan petikan Undang-Undang Laut Melaka, "…untuk menentukan betul dan salah". Undang-Undang Laut Melaka memberi contoh, seorang anak kapal (awak-awak) yang enggan mengikut arahan tukang agong telah dihukum oleh jurubatu dengan rotan tujuh sebatan.[9] Antara peruntukan lain dalam klausa itu ialah:
Menu
Undang-Undang Laut Melaka KandunganBerkaitan
Undang-undang Undang-undang kontrak Inggeris Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa Undang-undang hak cipta Amerika Syarikat Undang-undang Malaysia Undang-Undang Laut Melaka Undang-undang antarabangsa Undang-undang China tradisional Undang-undang Singapura Undang-undang siberRujukan
WikiPedia: Undang-Undang Laut Melaka https://books.google.com/books?id=3CE1AAAAIAAJ